Palestin: Isu umat Islam sedunia
637 M: Saidina Umar berjaya menawan Palestin dari tentera Byzantine, Rom.
1099 M: Tentera Salib Eropah kepung Baitul Maqdis selama 40 hari. Hampir 90 ribu umat islam terbunuh. Ketika itu, Masjid al-Aqsa dipenuhi darah. 88 tahun Palestin dipegang Eropah.
19++M: Empayar British ambil Palestin daripada Turki Uthmaniyah.
14 Mei 1948: Israel merampas Palestin daripada umat Islam. Mereka sememangnya terlalu inginkan Palestin. Persoalannya, mengapa?
Salahudin al-Ayubi pernah mengatakan, “sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia” Kebenaran kata-kata beliau itu terserlah jika kita mengkaji sejarah. Jika dilihat keadaan dunia sekarang, kita tahu bahawa Israel(Yahudi) menguasai dunia. Pemerintahan AS, Negara yang berkuasa kini, dibayangi orang Yahudi.
Kepentingan Baitul Maqdis kepada umat Islam
1. Ia adalah bumi yang begitu suci dan diberkati Allah. Ia adalah tanah suci kedua selepas tanah suci Makkah.
2. Di situ terdapat Masjid pertama yang dibina Rasulullah, Masjidil al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum ditukar kepada Kaabah.
3. Turunnya ramai para nabi iaitu hampir 80 orang kesemuanya.
4. Ia adalah tanah yang amat subur dimana amat sesuai untuk pokok zaitun dan tin, tanaman yang dapat hidup hingga beratus tahun lamanya.
5. Allah telah jalankan Nabi dari Masjid Haram ke Masjid al-Aqsa untuk pergi ke Sidratul Muntaha-Kenapa tidak naik dari Masjid Haram? Untuk menunjukkan pentingnya Masjid al-Aqsa kepada kita.
6. Terdapat satu hadis Nabi yang menyarankan kita melawat ke Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa.
7. Satu hari nanti akan berlaku peperangan di Jordan Timur dan Jordan Barat. Mukmin akan berlawan dengan musyrik hingga terbunuhnya Dajjal.
8. Bumi yang banyak lahirnya mujahid, hadis nabi. Akan sentiasa ada kelompok yang akan menentang musuh hingga satu tempoh iaitu disekitar Baitul Maqdis.
9. Barangsiapa kuasai Palestin dia akan kuasai dunia-Salahudin Al-Ayubi.
Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Muhammad ada kaitan rapat dengan bumi ini.
Isu peperangan Palestin adalah sebenarnya isu semua umat Islam bukan hanya rakyat Palestin sahaja. Oleh itu, wahai sahabat seislamku, marilah kita berbuat sesuatu yang dapat meringankan bebanan mereka. Jika kita tidak mampu dari segi kewangan, berdoalah kerana sesungguhnya doa itu adalah senjata umat Islam. Ada seorang pemimpin Yahudi mengatakan, ‘kami hanya akan takut dengan umat Islam sekiranya jemaah Subuh di masjid-masjid menyamai jemaah Solat Jumaat’. Kerana mereka tahu jika kita berpegang kuat pada ajaran Islam, sehingga begitu sabar dan tekun untuk solat subuh di masjid (sedangkan sekarang ini ada ramai yang meninggalkan Subuh dan ramai pula yang tidak berjemaah), mereka pasti akan kalah. Lihatlah betapa mereka sebenarnya takut dengan umat Islam. Mereka tidak takut dengan umat Islam sekarang kerana ramai antara kita yang terpesong dari kehidupan dan anjuran Islam. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. InsyaAllah, hidup kita akan diberkati. Seandainya ada maklumat yang salah, harap dimaklumi.

